Blog ini disediakan khas untuk pelajar SMV Perdagangan Johor Bahru menghasilkan nota ringkas Pendidikan Islam Ting. 4 dan 5 yang telah mereka pelajari di dalam kelas. Setiap kumpulan diamanahkan untuk menghasilkan bahan nota yang bercirikan multimedia. Moga pengisian blog ini dapat dimanfaatkan ...
19.3.11
16.3.11
13.3.11
6.3.11
4.3.11
TILAWAH T5 : BATAS PERGAULAN

3 PERINTAH ALLAH BERDASARKAN AYAT 30-31 SURAH AN-NUR:
1. JANGAN MEMANDANG PERKARA YANG DIHARAMKAN
2. SENTIASA MENJAGA MARUAH / KEHORMATAN DIRI
3. WAJIB MENUTUP AURAT
CIRI PAKAIAN ISLAM :
1. MENUTUP AURAT : SELURUH TUBUH KECUALI MUKA DAN TANGAN
2. TIDAK KETAT SEHINGGA MENAMPAKKAN BENTUK TUBUH
3. TIDAK NIPIS DAN JARANG
4. TIDAK BERLAWANAN JANTINA
5. TIDAK MENYERUPAI AGAMA LAIN
6. TIDAK TERLALU BERLEBIHAN SEHINGGA MENARIK PERHATIAN
BATASAN AURAT
AURAT PEREMPUAN
1. DGN LELAKI BUKAN MUHRIM & WANITA NON MUSLIM : SELURUH TUBUH KECUALI MUKA DAN TANGAN
2. DGN LELAKI MUHRIM & WANITA ISLAM : PUSAT HINGGA LUTUT
AURAT LELAKI : PUSAT HINGGA LUTUT
25.2.11
IBADAT T5 : PEMILIHAN CALON SUAMI DAN ISTERI

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:
“Wanita dinikahi kerana 4 perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.”
( Hadis Riwayat al-Bukhari )
- BERTAKWA
- BERIMAN
- BERILMU
- BERTANGGUNGJAWAB
- BERTIMBANG RASA
CIRI-CIRI CALON ISTERI
- KETURUNAN YANG BAIK
- SIHAT
- PENYAYANG
- BERAGAMA
HIKMAH MEMILIH PASANGAN SUAMI/ISTERI BERAGAMA
- MENJAMIN KELUARGA BAHAGIA DUNIA AKHIRAT
- DAPAT MENJAGA NAMA BAIK KELUARGA
- DAPAT MENDIDIK ANAK DENGAN BAIK
- PERKAHWINAN DIIKAT OLEH RASA TANGGUNGJAWAB
KESAN TIDAK MEMILIH PASANGAN SUAMI/ISTERI BERAGAMA
- HUBUNGAN KEKELUARGAAN AKAN RENGGANG
- KERUNTUHAN RUMAH TANGGA
- MUDAH LUPA TANGGUNGJAWAB
- ANAK-ANAK TIADA DIDIKAN SEMPURNA
KUMPULAN 1 / 5 PPN 4
22.2.11
IBADAT T5 : PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Peta Minda Perkahwinan Dalam Islam
PENGERTIAN NIKAH :
Bahasa : cantum, himpun
Istilah : Akad yang menggunakan lafaz nikah atau perkataan yang membawa maksud nikah untuk menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan.
HUKUM ASAL : Sunat / 5 HUKUM BERKAHWIN : Harus, Sunat, Makruh, Wajib, Haram
HIKMAH PERKAHWINAN :
1. Memenuhi tuntutan jasmani dan rohani
2. Menjamin kesihatan daripada penyakit
3. Memupuk kasih sayang antara pasangan
4. Menjalin silaturrahim antara keluarga suami isteri
5. Memberi ketenteraman jiwa kepada pasangan
KESAN PERKAHWINAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG :
1. Dipandang serong oleh masyarakat
2. Ibubapa menanggung malu
3. Dikenakan tindakan undang-undang
4. Masyarakat kucar kacir
AKIDAH T5 : IMAN MUTIARA HIDUP
Bahasa : percaya , yakin
Istilah : membenarkan di dalam hati, mengakui dengan lidah, mengamalkan dengan anggota
IMAN BERTAMBAH DAN BERKURANG
1. Iman seseorang boleh bertambah dan berkurang
2. Iman bertambah jika melakukan ketaatan kepada Allah
3. Iman berkurang jika melakukan maksiat kepada Allah
CIRI BERTAMBAH IMAN
1. Memiliki ilmu tentang Allah dan Rasul
2. Sentiasa mengingati Allah
3. Melakukan amalan sunat
KEMANISAN IMAN
Gembira melakukan ibadat dan sanggup bersusah kerana Allah
Syarat : 1. Mengutamakan Allah dan rasul
2. Mengasihi sesama manusia kerana Allah
3. Benci kepada kekufuran
HADIS T5 : KEHIDUPAN DI DUNIA IBARAT PERANTAU
1. Sentiasa merancang penggunaan masa
2. Menguruskan masa dengan betul
3. Menentukan wawasan hidup
KELEBIHAN MENYEGERAKAN URUSAN :
1. Dimuliakan Allah dan Rasul
2. Kerja yang dihasilkan berkualiti
3. Dapat disiapkan mengikut jadual
4. Dapat memajukan negara
KEBURUKAN MENGANGGUHKAN KERJA :
1. Dibenci Allah dan Rasul
2. Kerja yang dihasilkan tidak berkualiti
3. Tidak dapat disiapkan mengikut jadual
4. Negara sukar capai kemajuan
BEKALAN AKHIRAT :
1. Taqwa
2. Ilmu
3. Amalan wajib & sunat
4. Sedekah jariah
TILAWAH T5 : LAYANAN BAIK KEPADA BUKAN ISLAM

1. Berikan bantuan kepada mereka
2. Perdengarkan tentang keindahan Islam
3. Letakkan mereka di tempat yang aman
KEPENTINGAN MEMBERI LAYANAN BAIK :
1. Menunjukkan contoh yang baik kepada mereka
2. Membuktikan bahawa Islam agama yang pentingkan keamanan
3. Agar mereka tertarik kepada Islam
STRATEGI DAKWAH :
1. Membina hubungan baik dengan orang bukan Islam
2. Menunjukkan contoh akhlak yang baik kepada mereka
3. Mengadakan perbincangan secara baik tentang Islam

Alhamdulillah , Blog Jom Belajar Pendidikan Islam telah berjaya disediakan khas untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 SM Teknik Perdagangan Johor Bahru berkongsi bahan nota subjek Pendidikan Islam yang telah mereka pelajari di dalam kelas. Pelajar juga berpeluang memperolehi kemahiran mengendalikan blog di bawah bimbingan saya sendiri, yang akan memastikan bahan pembelajaran sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa dan menjadi salah satu aktiviti pelajar dalam P&P. Semoga blog ini dapat membantu pelajar-pelajar mengulangkaji subjek Pendidikan Islam secara kendiri dan santai!
Sekian, terima kasih.

Ustaz Khairul Anuar Hj. Ramlan
Subscribe to:
Posts (Atom)