25.2.11

IBADAT T5 : PEMILIHAN CALON SUAMI DAN ISTERI


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:
“Wanita dinikahi kerana 4 perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.”
( Hadis Riwayat al-Bukhari )

CIRI-CIRI CALON SUAMI
  • BERTAKWA
  • BERIMAN
  • BERILMU
  • BERTANGGUNGJAWAB
  • BERTIMBANG RASA
CIRI-CIRI CALON ISTERI
  • KETURUNAN YANG BAIK
  • SIHAT
  • PENYAYANG
  • BERAGAMA
HIKMAH MEMILIH PASANGAN SUAMI/ISTERI BERAGAMA
  • MENJAMIN KELUARGA BAHAGIA DUNIA AKHIRAT
  • DAPAT MENJAGA NAMA BAIK KELUARGA
  • DAPAT MENDIDIK ANAK DENGAN BAIK
  • PERKAHWINAN DIIKAT OLEH RASA TANGGUNGJAWAB

KESAN TIDAK MEMILIH PASANGAN SUAMI/ISTERI BERAGAMA
  • HUBUNGAN KEKELUARGAAN AKAN RENGGANG
  • KERUNTUHAN RUMAH TANGGA
  • MUDAH LUPA TANGGUNGJAWAB
  • ANAK-ANAK TIADA DIDIKAN SEMPURNA
KUMPULAN 1 / 5 PPN 4

IBADAT T5 : PEMILIHAN CALON SUAMI DAN ISTERI

22.2.11

IBADAT T5 : PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Peta Minda Perkahwinan Dalam Islam

PENGERTIAN NIKAH :
Bahasa : cantum, himpun
Istilah : Akad yang menggunakan lafaz nikah atau perkataan yang membawa maksud nikah untuk menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan.

HUKUM ASAL : Sunat / 5 HUKUM BERKAHWIN : Harus, Sunat, Makruh, Wajib, Haram

HIKMAH PERKAHWINAN :
1. Memenuhi tuntutan jasmani dan rohani
2. Menjamin kesihatan daripada penyakit
3. Memupuk kasih sayang antara pasangan
4. Menjalin silaturrahim antara keluarga suami isteri
5. Memberi ketenteraman jiwa kepada pasangan

KESAN PERKAHWINAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG :
1. Dipandang serong oleh masyarakat
2. Ibubapa menanggung malu
3. Dikenakan tindakan undang-undang
4. Masyarakat kucar kacir


AKIDAH T5 : IMAN MUTIARA HIDUP



PENGERTIAN IMAN
Bahasa : percaya , yakin
Istilah : membenarkan di dalam hati, mengakui dengan lidah, mengamalkan dengan anggota

IMAN BERTAMBAH DAN BERKURANG
1. Iman seseorang boleh bertambah dan berkurang
2. Iman bertambah jika melakukan ketaatan kepada Allah
3. Iman berkurang jika melakukan maksiat kepada Allah

CIRI BERTAMBAH IMAN
1. Memiliki ilmu tentang Allah dan Rasul
2. Sentiasa mengingati Allah
3. Melakukan amalan sunat

KEMANISAN IMAN
Gembira melakukan ibadat dan sanggup bersusah kerana Allah
Syarat : 1. Mengutamakan Allah dan rasul
2. Mengasihi sesama manusia kerana Allah
3. Benci kepada kekufuran

HADIS T5 : KEHIDUPAN DI DUNIA IBARAT PERANTAU



TEKNIK PENGURUSAN MASA :
1. Sentiasa merancang penggunaan masa
2. Menguruskan masa dengan betul
3. Menentukan wawasan hidup

KELEBIHAN MENYEGERAKAN URUSAN :
1. Dimuliakan Allah dan Rasul
2. Kerja yang dihasilkan berkualiti
3. Dapat disiapkan mengikut jadual
4. Dapat memajukan negara

KEBURUKAN MENGANGGUHKAN KERJA :
1. Dibenci Allah dan Rasul
2. Kerja yang dihasilkan tidak berkualiti
3. Tidak dapat disiapkan mengikut jadual
4. Negara sukar capai kemajuan

BEKALAN AKHIRAT :
1. Taqwa
2. Ilmu
3. Amalan wajib & sunat
4. Sedekah jariah

TILAWAH T5 : LAYANAN BAIK KEPADA BUKAN ISLAM


3 PERINTAH ALLAH JIKA BUKAN ISLAM MEMINTA PERLINDUNGAN :
1. Berikan bantuan kepada mereka
2. Perdengarkan tentang keindahan Islam
3. Letakkan mereka di tempat yang aman

KEPENTINGAN MEMBERI LAYANAN BAIK :
1. Menunjukkan contoh yang baik kepada mereka
2. Membuktikan bahawa Islam agama yang pentingkan keamanan
3. Agar mereka tertarik kepada Islam

STRATEGI DAKWAH :
1. Membina hubungan baik dengan orang bukan Islam
2. Menunjukkan contoh akhlak yang baik kepada mereka
3. Mengadakan perbincangan secara baik tentang Islam



Alhamdulillah , Blog Jom Belajar Pendidikan Islam telah berjaya disediakan khas untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 SM Teknik Perdagangan Johor Bahru berkongsi bahan nota subjek Pendidikan Islam yang telah mereka pelajari di dalam kelas. Pelajar juga berpeluang memperolehi kemahiran mengendalikan blog di bawah bimbingan saya sendiri, yang akan memastikan bahan pembelajaran sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa dan menjadi salah satu aktiviti pelajar dalam P&P. Semoga blog ini dapat membantu pelajar-pelajar mengulangkaji subjek Pendidikan Islam secara kendiri dan santai!

Sekian, terima kasih.






Ustaz Khairul Anuar Hj. Ramlan